Sunday, February 2, 2014

alhamduillah..rezeki..

alhamdulillahhh...

soon aku akan lebih busy..
in shaa Allah.. bln 3 aku kn berada di kedai aku
mengembangkn lagi biz..
mencari lg ilmu..

tq to sayangku.. en suami for your supports...   i love u
 bln lepas aku baru je siapkan 4 pasang baju tuk kwn lama kolej dolu2
alhamdulillh.. dia happy..




nanti aku upload lagi pic dia k..
sape2 nk tempah meh la pm aku..

cuti..cuti..cuti

as salam... lama aku cuti
almaklumlah. big boss balik cuti..so spend time la kan ngn big boss
alhamdulillah.. sumenye baik2 belaka
anak aku la yg paling happy..jumpa ayah dia.. walaupunmemula dia mcm marah je.. hehehe
moment yg menarik ..
aku..
op kos la aku pun happy kan hehehehe
so 3 minggu pun dh nak abis..
monday big boss dah kena balik kerja..
huhuhuhu
waaaaaaaa

anak aku.. hope dia ok la nanti..
sedihnye...


happy kn afiq ...

bye sume.... adios

Wednesday, December 18, 2013

KALAU AKU SALAH, I,M SORRY..

assalamualaikum.... salam sejahtera sume


aku tido lmbt ari nie, afiq blm nk tido..layan je la..dh siang dia tido kul 6 ptg bgn kul 1030 mlm
haaa... so tido balik kompom la lewat..kul 3 baru dia tido...

ape kes tajuk entry aku ..
aku nie x de nk kondem sesape.. x de nk rosakkn biz org..
tp yg berniaga tue berpada la kan..
agak la nk untung pun..beganda beb..
kesian pada org lain yg membeli..
barang yg sama.. hemmm

patut ke.. aku biase beli rm60.. x masuk pos la sbb aku g direct kt kedai..
dia jual on9  rm280..mahalnye termasuk postage..
kuantiti yg sama beb..
aku musykil jugak.. tebal ke , kualiti ok ke.. jenis mcm mana..
yg keras ke lembut ..ye la mana tau x sama.. kot la yg jenis keras ..
yg tue aku caya rega rm280 tue..
tp x reply plak aku tanye..
dr yg di bgtau sama je ngn aku punye...huhu..

ade plak mamat nie tlg jawab.. ckp aku ..jgn rosakkn biz....hormat biz org lain
mayb salah aku sbb mentioned rega aku beli tue..
aku dh minta maaf pun..
tp x reply2 gak..
ok x pe... bkn niat aku nk rosakkn biz org beb
tp ye la..
aku rasa mahal..
jgn la kak.. sama2 cari rezki..

pada korang..lau rasa aku salah.. maafkan aku

berniagalah dgn jujur.. berkat ...amin..

Thursday, December 12, 2013

perjalanan 2013

x banyak kisah pada tahun nie.


  • bln 9..en suami terbang menyeberangi lautan.. mencari rezki di negara orang (sedih)

  • dpt anak buah baru muhamad sufi b muhamad shafie



comel x...


  • abah menamatkan zaman solo.. (mak baru lg)..

  • tggu awning umah siap hihi





sawang..sawang...ujung taun dh kita

assalamualaikum..

huh..fuh..fuh.. hahahaha
besawang dh blog aku nie... lama bonar x menjengah
sibuk tu x jugak.. idea x de beb
yg utama tu M..hahaha
kalau dh dtg M..mmg bersawang la..

pejam celik.. dh kita berada di akhir tahun 2013.. cepatkan..
bln depan 2014..3 taun afiq next year

tahun nie jugak dugaan wat aku..
bak kata pepatahkan
'sayang isteri tinggal2 kan..sayang anak tangan2kan'
dah hampir 4 bln en suami bekerja di luar sempadan.. huhuhu.. jauh bangat..
kat mana..nun kat PAPUA NEW GENIE... ha..amik..
seram tau huhuhu..hrp en suami sentiasa di lindungi..

rindu..
gila x rindu huhuhu.. rindula bntal peluk x de
anak aku lg la sbln ayah dia g keje
domam rindu dah..demam paling teruk bg aku
kurus sgt x nk mkn..huhuhu..ayah dia plak jauh..

alhamdulillah skrg dh ok..
alhamdulillah skrg zaman IT..sume di hujung jari
ari2 bleh wasap, bleh vidcall..so x la sasaukan hihihihi

afiq yg memula bervidcall x reti lelama jd reti..
lau x tgk muka sendiri je ..ayah sembang apa pun dia wat x tau ..hehehe
la nie dh pandai.. dok borak ngan ayah..sengih2..

x sabar nk tunggu ayah balik january 2014..
mama yg x sabo ek hahaha

mayb dlm 3-4 tahun la en suami kerja di sanun..
sabar....perjalanan Allah tu ade hikmahnya.
amin...

Thursday, February 14, 2013

hasil air tangan daku..

en suami kata masuk la dalam blog hasil masakkan awak tue
emmm ape la sgt yang aku masak
biase2 je
tp ok je nak masukkan dalam entri hari nie
saje2 je hihihi
lau korang nak resepi campak-campak aku nie pm le I hihihi
aku amik picture nie pun suka2 je..
tak pro hihihi..so layan je la ye
nanti aku dh beli camera DSLR aku ambik pic yg cun2 k..



  • ikan selar masak sambal merah
  • sayur meranti masak lemak
  • sup ayam 
  • ikan goreng


  • bayam goreng
  • ikan tongkol masak singgang
  • telur masin rebus

  • ikan kukus/stim..(ikan ape aku x ingat hahaha)


  • bayam merah goreng
  • ikan bawak mask asam pedas (mmg terangkat sedap..hihihi)
  • ayam masak halia ala chiness hihihi


  • ayam bakar
  • sup sayur campur
  • sambal udang ( idea asal nk wat sambal udang petai..petai plak x de)

  • ikan selar masak sambal ijo..( aku keturunan jawa mmg febret nie )
  • ulam2 je.. 

  • bergedil kentang
  • ikan kembung bakar
  • sawi goreng
  • sambal asam 

  • sambal udang
  • ikan keli goreng
  • kangkung goreng


  • telur goreng hahahaha
  • taugeh goreng kucai
  • ayam goreng

  • nasi lemak

  • baby kobis goreng
  • ayam masak halia + cendawan 
  • bergedil






sakit telinga..:(

happy new year to all chiness friends..
gong xi fa cai

aku pening sebenarnye..
perlu ke aku bawa anak aku pegi klinik.. tuk pemeriksaan telinga dia..
dia tak sakit telinga.. tak de bau-bau yang tak menyenangkan..tak de lendir2 kuar..
dia pun ok je bila kita panggil dia..AFIQQQQQ..:)

tapi iye la aku sebagai ibu nie risau le juga kan.
aku tgk budak2 ke orang tua ke bila suh korek telinga layan je
tapi afiq nie nak korek telinga dia
dia tak nak..
aku pun sekodeng la telinga dia.. susah gak sebab telinga dia kecik kan
tak sama belah kiri & kanan..
aku cm nampak sisa buangan dalam telinga dia..
nak korek dia tak bagi..
pastu cam ade rambut selai.. cm ne ek..
tolong..tolong

ade tanye kengkawan ..
derang kata tak sakit tak pe..

aku pun mengGOOGLE la pasal bab nie
so aku baca 1 artikel dari 1 blog nie..
so..jawapnnya tak payah korek telinga anak2
biar je sbb nanti taik telinga tue kuar sendiri..
tak caya.. meh baca nie..

info nie aku dapat dr

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t91440.html


Risiko Mengorek Telinga
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. “Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. “Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.



lega sikit aku tapi kena selalu la tgk kan kebersihan anak2 kan.. lau ade rasa cm pelik ke..dia dok nangis je.. demam ke..x selesa ke .. bawak pegi jumpa doctor k..
aku anak baru ade sorang nie.. tue la pengarang jantung aku..
blm ade rezki lagi nak tambah ahli..hihihi
doakan aku ye.. :)






link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...