Thursday, February 14, 2013

hasil air tangan daku..

en suami kata masuk la dalam blog hasil masakkan awak tue
emmm ape la sgt yang aku masak
biase2 je
tp ok je nak masukkan dalam entri hari nie
saje2 je hihihi
lau korang nak resepi campak-campak aku nie pm le I hihihi
aku amik picture nie pun suka2 je..
tak pro hihihi..so layan je la ye
nanti aku dh beli camera DSLR aku ambik pic yg cun2 k..



  • ikan selar masak sambal merah
  • sayur meranti masak lemak
  • sup ayam 
  • ikan goreng


  • bayam goreng
  • ikan tongkol masak singgang
  • telur masin rebus

  • ikan kukus/stim..(ikan ape aku x ingat hahaha)


  • bayam merah goreng
  • ikan bawak mask asam pedas (mmg terangkat sedap..hihihi)
  • ayam masak halia ala chiness hihihi


  • ayam bakar
  • sup sayur campur
  • sambal udang ( idea asal nk wat sambal udang petai..petai plak x de)

  • ikan selar masak sambal ijo..( aku keturunan jawa mmg febret nie )
  • ulam2 je.. 

  • bergedil kentang
  • ikan kembung bakar
  • sawi goreng
  • sambal asam 

  • sambal udang
  • ikan keli goreng
  • kangkung goreng


  • telur goreng hahahaha
  • taugeh goreng kucai
  • ayam goreng

  • nasi lemak

  • baby kobis goreng
  • ayam masak halia + cendawan 
  • bergedil






sakit telinga..:(

happy new year to all chiness friends..
gong xi fa cai

aku pening sebenarnye..
perlu ke aku bawa anak aku pegi klinik.. tuk pemeriksaan telinga dia..
dia tak sakit telinga.. tak de bau-bau yang tak menyenangkan..tak de lendir2 kuar..
dia pun ok je bila kita panggil dia..AFIQQQQQ..:)

tapi iye la aku sebagai ibu nie risau le juga kan.
aku tgk budak2 ke orang tua ke bila suh korek telinga layan je
tapi afiq nie nak korek telinga dia
dia tak nak..
aku pun sekodeng la telinga dia.. susah gak sebab telinga dia kecik kan
tak sama belah kiri & kanan..
aku cm nampak sisa buangan dalam telinga dia..
nak korek dia tak bagi..
pastu cam ade rambut selai.. cm ne ek..
tolong..tolong

ade tanye kengkawan ..
derang kata tak sakit tak pe..

aku pun mengGOOGLE la pasal bab nie
so aku baca 1 artikel dari 1 blog nie..
so..jawapnnya tak payah korek telinga anak2
biar je sbb nanti taik telinga tue kuar sendiri..
tak caya.. meh baca nie..

info nie aku dapat dr

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t91440.html


Risiko Mengorek Telinga
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. “Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. “Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.



lega sikit aku tapi kena selalu la tgk kan kebersihan anak2 kan.. lau ade rasa cm pelik ke..dia dok nangis je.. demam ke..x selesa ke .. bawak pegi jumpa doctor k..
aku anak baru ade sorang nie.. tue la pengarang jantung aku..
blm ade rezki lagi nak tambah ahli..hihihi
doakan aku ye.. :)






link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...