Thursday, February 14, 2013

hasil air tangan daku..

en suami kata masuk la dalam blog hasil masakkan awak tue
emmm ape la sgt yang aku masak
biase2 je
tp ok je nak masukkan dalam entri hari nie
saje2 je hihihi
lau korang nak resepi campak-campak aku nie pm le I hihihi
aku amik picture nie pun suka2 je..
tak pro hihihi..so layan je la ye
nanti aku dh beli camera DSLR aku ambik pic yg cun2 k..



  • ikan selar masak sambal merah
  • sayur meranti masak lemak
  • sup ayam 
  • ikan goreng


  • bayam goreng
  • ikan tongkol masak singgang
  • telur masin rebus

  • ikan kukus/stim..(ikan ape aku x ingat hahaha)


  • bayam merah goreng
  • ikan bawak mask asam pedas (mmg terangkat sedap..hihihi)
  • ayam masak halia ala chiness hihihi


  • ayam bakar
  • sup sayur campur
  • sambal udang ( idea asal nk wat sambal udang petai..petai plak x de)

  • ikan selar masak sambal ijo..( aku keturunan jawa mmg febret nie )
  • ulam2 je.. 

  • bergedil kentang
  • ikan kembung bakar
  • sawi goreng
  • sambal asam 

  • sambal udang
  • ikan keli goreng
  • kangkung goreng


  • telur goreng hahahaha
  • taugeh goreng kucai
  • ayam goreng

  • nasi lemak

  • baby kobis goreng
  • ayam masak halia + cendawan 
  • bergedil






sakit telinga..:(

happy new year to all chiness friends..
gong xi fa cai

aku pening sebenarnye..
perlu ke aku bawa anak aku pegi klinik.. tuk pemeriksaan telinga dia..
dia tak sakit telinga.. tak de bau-bau yang tak menyenangkan..tak de lendir2 kuar..
dia pun ok je bila kita panggil dia..AFIQQQQQ..:)

tapi iye la aku sebagai ibu nie risau le juga kan.
aku tgk budak2 ke orang tua ke bila suh korek telinga layan je
tapi afiq nie nak korek telinga dia
dia tak nak..
aku pun sekodeng la telinga dia.. susah gak sebab telinga dia kecik kan
tak sama belah kiri & kanan..
aku cm nampak sisa buangan dalam telinga dia..
nak korek dia tak bagi..
pastu cam ade rambut selai.. cm ne ek..
tolong..tolong

ade tanye kengkawan ..
derang kata tak sakit tak pe..

aku pun mengGOOGLE la pasal bab nie
so aku baca 1 artikel dari 1 blog nie..
so..jawapnnya tak payah korek telinga anak2
biar je sbb nanti taik telinga tue kuar sendiri..
tak caya.. meh baca nie..

info nie aku dapat dr

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t91440.html


Risiko Mengorek Telinga
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. “Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. “Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.



lega sikit aku tapi kena selalu la tgk kan kebersihan anak2 kan.. lau ade rasa cm pelik ke..dia dok nangis je.. demam ke..x selesa ke .. bawak pegi jumpa doctor k..
aku anak baru ade sorang nie.. tue la pengarang jantung aku..
blm ade rezki lagi nak tambah ahli..hihihi
doakan aku ye.. :)






Thursday, January 3, 2013

selamat datang 2013..

tak terlambat rasanya..untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013.. semoga tahun ini membawa kemajuan,kebahagiaan,ketenangan dan tercapai cita2..amin..

menginjak ke tahun 2013 bermakna semakin bertambah usia hihihi.. semakin bertambah tanggngjawab..betul x..

alhamdulillah permulaan yang baik bagi awal 2013.. semoga akan lebih baik..
berusaha untuk memperbaiki diri, memantapkan ekonomi, menjadi yang lebik baik..
untuk memberi yang terbaik buat insan-insan tersayang..

sudi2 lah menjenguk page saya.. hihih..


https://www.facebook.com/ciksueboutique



  • ade jual kain pasang..-mmg qualiti kain bagus..
  • menerima tempahan pelbagai fesyen pakaian lelaki dan wanita..dari si kecil hingga ke warga emas..
  • menerima tempahan baju pengantin lelaki dan wanita..
  • menjual pakaian..( stock belum ready :) ) 
  • menerima tempahan menjahit manik


selain saya en suami juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan..

https://www.facebook.com/TopSignSticker


Menerima tempahan sticker kastem untuk semua kenderaan, carbon fiber wrapping, signboard dan sebagainya

untuk melihat hasil2 kerja suami boleh la ke page topsign sticker..:)

selain tue lg biz kami.. 

https://www.facebook.com/pages/Safiela-Design/177980628968022











ade pelbagai pilihan untuk kad2 kawin, biz card dan sebagainye..





Monday, December 10, 2012

durian..durian..durian

aku nie memang hantu durian..
sedapnye..walawei
hari2 mkn durian pun x pe hihihi


pic amik dr blog http://hanamemories.blogspot.com/


skrg nie kan tgh gila durian crape.. aku yg mmg hantu durian.teringin bebeno nk makannye..
nak buat sendiri cm x de masa.. so dok2 la on9 cari kengkawan yg jual durian crape..
alhamdulillah ade.. sonok2.. dekat je ngan umah bleh la oder slalu hihihihi

Wednesday, October 12, 2011

pengalaman ibu baru hehehe

sorenok rasanye dh jadi ibukan.. baru le tau rasanye jd mak nie..cm ne dulu mak jaga ko..cm tue la hehehe..insaf aku..
pas balik spital aku berpantang kat umah jer.. iyela mak aku kn duk dkt jer, jerit pun dgr.. hehehe..
1st day ngn baby.. mmg best y x best bila dia meragam huhuhu.. sepanjang time pantang afiq tido siang mmg lena.. pastu dia bangun kul 12-6 pagi..amik ko.. jg mak guard aku shif pagi hehehe.. tp itulah pengorbanan seorg ibu.. dapt paha tau..
dua hari kt umah afiq dh kena kuning.. tp x tinggi..aku pun mcm2 la aku cari bg ilangkan kuning tue, mak aku pak pg2 dia bawak afiq g berjemur di bawah matahari.. huby aku plak sama cm aku beli mcm2 nak ilangkan kuning afiq..mandi ngn mcm2 daun hehehe..last1 minum air sengkuang cina.. barulah ok..
alhamdulillah afiq sng je jaga dia.. menangis pun x kuat..iyelah org lelakikan..hehehe mana bleh nangis kuat2 hehehe..sampai jiran sebelah umah aku x tau aku dh besalin..dh dkt sebulan baru dia tau tue pun sbb dia nampak aku bwk afiq g klinik..
iyelh sbb dia ckp anak dia nangis je kuat plak tue, mmg kuat pun anak dia nangis.. afiq lau nangis time dia tido.. pampers dh penuh, dia poo poo & dia lapar.. biasela kan..baby..
ramai yg tggu kehadiran afiq.. ye la cam huby aku anak sulung..lelaki tunggal dlm famly dia..so pastinya di nanti2kan.. raya tahun nie pun sgt meriah.. sgt best.. tahun nie juga aku balik raya dua2 kampung.. kampung aku & kampung huby, kt kg huby pak mentua dh stanby nak wat kenduri cukur jambul.. so i follow je.. sponser by pak mentua kan hehehe..
oklah smbung lagi di episod akan datang..afiq dh bangun so kena la layan putra mahkota.. bye...layan pic2 nie dulu k..hehehe












my little hero..

alhamdulillah sekarang afid dh pun 2 bulan usianya..alhamdulillah sihat..berkat minum susu ibu hehehe walaupun dulu dr umo sehari dia x minum terus, pakai botol, iyela sbb aku bdk baru belajar.. kesian la tgk dia nangis kuat nk susu tp x pandai nak isap so pump la, masuk botol.. sedih gak aku nak wat cm ne dh dia x pandai.. pastu aku dok ajar2 dia x nak huhuhu, susu plak makin sikit so topup la ngan susu formula.. lama2 dia cm x nak je.. kena plak pas sebulan lebih dia demam.. keajaiban kan.. time dia demam tue la dia nak isap susu terus x yah pakai botol.. so sampai skrg susu badan je la.. x de dh susu formula..memula mmg susu makin kurang pas dia isap2 je, alhamdulillah makin bertambah.. aku pun cari mcm2 makanan tuk tmbah susu bdn..alhamdulillah berjaya jua..
skrg nie dh 2 bln lebih sikit dh afiq, dh pandai nak bersembang .. mmg best ade bby nie.. terima kasih YA ALLAH...
mmg bangang lah sape yg buang baby..





harta & anugerah tak ternilai

alhamdulillah.. penantian hampir 4 tahun kami suami isteri untuk menimang cahayamata akhirnya termakbul..so the story...

last aku followup ngn dr siti mariam bln 8, 3/8/11.. so dr siti ckp, bby ok, sume ok.. dr kata boleh tggu till sampai masa nak bersalin or nk cepat, so dia nasihat, di sebabkan aku de kencing manis, & kes yg lepas ( 1st pregnancy)so dia ckp awalkan je, sbb nak tggu lg 2 minggu mcm2 boleh jd.. so aku ngn huby pun ambil keputusan, cepatkan je..
 so kalau cepat kan bila tue doc.. " esok ".. dr siti ckp.. hehehe ok je..dlm hati nie berdebar2.. hrp2 x de pape la jadi , so aku pun balik umah, packing2 pe yg patut.. esk awal pagi kul 7am kena de kt spital..

04/08/11..
7am kami dh terpacak kt spital..daftar bagai masuk bilik.. tggu doc.. nurse dtg, wat kerje2 dia.. nurse kata myb induce sbb jalan baru bukak 3 cm je dr 2 minggu lepas.. ( imbas kembali_ dr siti dh tlg bukakkn jalan, 3 minggu lepas bg cepat besalin)..x lama dr siti dtg..dia check.. "good, x payah masuk ubat kita pecah air ketuban je then besalin, dh bukak 4 cm dh nie".. wah.. debar makin kuat plak hehehe
besain kali ni rasa x la takut sgt..biase je..myb sbb x sakit2 kan, tanda2 pun x de..
pas membuang sisa2 toksid sume aku masuk labour room.. hub pun masuk gak..doc pecahkan air ketuban.. 1st time aku rasa nak besalin cm nie ek hehehe , masa adif dulu air ketuban dh kering kan so x rasa la.. sakit tue ade la sikit2.. so dh pecah tggu la sakit nak besalin plak.
masuk labour room kul 11.. kul 2 aku dh start sakit.. bila dh sakit kuat aku pegang tgn huby kuat2.. nurse masuk check dia kata balm g, baru 6 cm.. dia cucuk ubt thn sakit.. sama je sakit gak hehehe
aku ingt cm dulu la.. cucuk ubt hn sakit x mamai .. skali aku jd ngantuk gila.. hehehe..sampai la bby dh nak keluar aku nk tido jer, nntuk btk..mamai2 aku meneran hehehe..
sampai aku dh x larat nak meneran..
sume nuse doctor, huby suh aku push..push..push..sikit lg.. aku ckp.. aku x bleh.. dh nk nangis dh aku..
dr siti pujuk..jgn nangis, awak boleh.. teran lagi..huby usap2 kepala aku..naseb de huby..
last2 aku geram gak.. aku teran kuat hati..alhamdulillah..akhirnye keluarlah MUHAMMAD AFIQ ke dunia..amin.. riuh rendah dlm labour room..hehehe..sonok pun de pengalaman yg sgt best..
afiq keluar2 dh pancut kt doctor ..hehehe my hero.. aku & huby lega sgt2.. so tggu esok nk balik umah..
alhamdulillah afiq & aku ok.. kul 10 pg aku dh bleh balik umah..afiq pun x de pape..so jom kta balik..

MUHAMMAD AFIQ B MUHAMMAD ZUHAINI
BERAT 2.9KG

muhammad afiq bin muhammad zuhaini

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...