Sunday, February 2, 2014

alhamduillah..rezeki..

alhamdulillahhh...

soon aku akan lebih busy..
in shaa Allah.. bln 3 aku kn berada di kedai aku
mengembangkn lagi biz..
mencari lg ilmu..

tq to sayangku.. en suami for your supports...   i love u
 bln lepas aku baru je siapkan 4 pasang baju tuk kwn lama kolej dolu2
alhamdulillh.. dia happy..




nanti aku upload lagi pic dia k..
sape2 nk tempah meh la pm aku..

cuti..cuti..cuti

as salam... lama aku cuti
almaklumlah. big boss balik cuti..so spend time la kan ngn big boss
alhamdulillah.. sumenye baik2 belaka
anak aku la yg paling happy..jumpa ayah dia.. walaupunmemula dia mcm marah je.. hehehe
moment yg menarik ..
aku..
op kos la aku pun happy kan hehehehe
so 3 minggu pun dh nak abis..
monday big boss dah kena balik kerja..
huhuhuhu
waaaaaaaa

anak aku.. hope dia ok la nanti..
sedihnye...


happy kn afiq ...

bye sume.... adios

Wednesday, December 18, 2013

KALAU AKU SALAH, I,M SORRY..

assalamualaikum.... salam sejahtera sume


aku tido lmbt ari nie, afiq blm nk tido..layan je la..dh siang dia tido kul 6 ptg bgn kul 1030 mlm
haaa... so tido balik kompom la lewat..kul 3 baru dia tido...

ape kes tajuk entry aku ..
aku nie x de nk kondem sesape.. x de nk rosakkn biz org..
tp yg berniaga tue berpada la kan..
agak la nk untung pun..beganda beb..
kesian pada org lain yg membeli..
barang yg sama.. hemmm

patut ke.. aku biase beli rm60.. x masuk pos la sbb aku g direct kt kedai..
dia jual on9  rm280..mahalnye termasuk postage..
kuantiti yg sama beb..
aku musykil jugak.. tebal ke , kualiti ok ke.. jenis mcm mana..
yg keras ke lembut ..ye la mana tau x sama.. kot la yg jenis keras ..
yg tue aku caya rega rm280 tue..
tp x reply plak aku tanye..
dr yg di bgtau sama je ngn aku punye...huhu..

ade plak mamat nie tlg jawab.. ckp aku ..jgn rosakkn biz....hormat biz org lain
mayb salah aku sbb mentioned rega aku beli tue..
aku dh minta maaf pun..
tp x reply2 gak..
ok x pe... bkn niat aku nk rosakkn biz org beb
tp ye la..
aku rasa mahal..
jgn la kak.. sama2 cari rezki..

pada korang..lau rasa aku salah.. maafkan aku

berniagalah dgn jujur.. berkat ...amin..

Thursday, December 12, 2013

perjalanan 2013

x banyak kisah pada tahun nie.


  • bln 9..en suami terbang menyeberangi lautan.. mencari rezki di negara orang (sedih)

  • dpt anak buah baru muhamad sufi b muhamad shafie



comel x...


  • abah menamatkan zaman solo.. (mak baru lg)..

  • tggu awning umah siap hihi





sawang..sawang...ujung taun dh kita

assalamualaikum..

huh..fuh..fuh.. hahahaha
besawang dh blog aku nie... lama bonar x menjengah
sibuk tu x jugak.. idea x de beb
yg utama tu M..hahaha
kalau dh dtg M..mmg bersawang la..

pejam celik.. dh kita berada di akhir tahun 2013.. cepatkan..
bln depan 2014..3 taun afiq next year

tahun nie jugak dugaan wat aku..
bak kata pepatahkan
'sayang isteri tinggal2 kan..sayang anak tangan2kan'
dah hampir 4 bln en suami bekerja di luar sempadan.. huhuhu.. jauh bangat..
kat mana..nun kat PAPUA NEW GENIE... ha..amik..
seram tau huhuhu..hrp en suami sentiasa di lindungi..

rindu..
gila x rindu huhuhu.. rindula bntal peluk x de
anak aku lg la sbln ayah dia g keje
domam rindu dah..demam paling teruk bg aku
kurus sgt x nk mkn..huhuhu..ayah dia plak jauh..

alhamdulillah skrg dh ok..
alhamdulillah skrg zaman IT..sume di hujung jari
ari2 bleh wasap, bleh vidcall..so x la sasaukan hihihihi

afiq yg memula bervidcall x reti lelama jd reti..
lau x tgk muka sendiri je ..ayah sembang apa pun dia wat x tau ..hehehe
la nie dh pandai.. dok borak ngan ayah..sengih2..

x sabar nk tunggu ayah balik january 2014..
mama yg x sabo ek hahaha

mayb dlm 3-4 tahun la en suami kerja di sanun..
sabar....perjalanan Allah tu ade hikmahnya.
amin...

Thursday, February 14, 2013

hasil air tangan daku..

en suami kata masuk la dalam blog hasil masakkan awak tue
emmm ape la sgt yang aku masak
biase2 je
tp ok je nak masukkan dalam entri hari nie
saje2 je hihihi
lau korang nak resepi campak-campak aku nie pm le I hihihi
aku amik picture nie pun suka2 je..
tak pro hihihi..so layan je la ye
nanti aku dh beli camera DSLR aku ambik pic yg cun2 k..



  • ikan selar masak sambal merah
  • sayur meranti masak lemak
  • sup ayam 
  • ikan goreng


  • bayam goreng
  • ikan tongkol masak singgang
  • telur masin rebus

  • ikan kukus/stim..(ikan ape aku x ingat hahaha)


  • bayam merah goreng
  • ikan bawak mask asam pedas (mmg terangkat sedap..hihihi)
  • ayam masak halia ala chiness hihihi


  • ayam bakar
  • sup sayur campur
  • sambal udang ( idea asal nk wat sambal udang petai..petai plak x de)

  • ikan selar masak sambal ijo..( aku keturunan jawa mmg febret nie )
  • ulam2 je.. 

  • bergedil kentang
  • ikan kembung bakar
  • sawi goreng
  • sambal asam 

  • sambal udang
  • ikan keli goreng
  • kangkung goreng


  • telur goreng hahahaha
  • taugeh goreng kucai
  • ayam goreng

  • nasi lemak

  • baby kobis goreng
  • ayam masak halia + cendawan 
  • bergedil






sakit telinga..:(

happy new year to all chiness friends..
gong xi fa cai

aku pening sebenarnye..
perlu ke aku bawa anak aku pegi klinik.. tuk pemeriksaan telinga dia..
dia tak sakit telinga.. tak de bau-bau yang tak menyenangkan..tak de lendir2 kuar..
dia pun ok je bila kita panggil dia..AFIQQQQQ..:)

tapi iye la aku sebagai ibu nie risau le juga kan.
aku tgk budak2 ke orang tua ke bila suh korek telinga layan je
tapi afiq nie nak korek telinga dia
dia tak nak..
aku pun sekodeng la telinga dia.. susah gak sebab telinga dia kecik kan
tak sama belah kiri & kanan..
aku cm nampak sisa buangan dalam telinga dia..
nak korek dia tak bagi..
pastu cam ade rambut selai.. cm ne ek..
tolong..tolong

ade tanye kengkawan ..
derang kata tak sakit tak pe..

aku pun mengGOOGLE la pasal bab nie
so aku baca 1 artikel dari 1 blog nie..
so..jawapnnya tak payah korek telinga anak2
biar je sbb nanti taik telinga tue kuar sendiri..
tak caya.. meh baca nie..

info nie aku dapat dr

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t91440.html


Risiko Mengorek Telinga
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih. Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. “Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. “Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. “Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya. Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. “Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka. Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.



lega sikit aku tapi kena selalu la tgk kan kebersihan anak2 kan.. lau ade rasa cm pelik ke..dia dok nangis je.. demam ke..x selesa ke .. bawak pegi jumpa doctor k..
aku anak baru ade sorang nie.. tue la pengarang jantung aku..
blm ade rezki lagi nak tambah ahli..hihihi
doakan aku ye.. :)






Thursday, January 3, 2013

selamat datang 2013..

tak terlambat rasanya..untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013.. semoga tahun ini membawa kemajuan,kebahagiaan,ketenangan dan tercapai cita2..amin..

menginjak ke tahun 2013 bermakna semakin bertambah usia hihihi.. semakin bertambah tanggngjawab..betul x..

alhamdulillah permulaan yang baik bagi awal 2013.. semoga akan lebih baik..
berusaha untuk memperbaiki diri, memantapkan ekonomi, menjadi yang lebik baik..
untuk memberi yang terbaik buat insan-insan tersayang..

sudi2 lah menjenguk page saya.. hihih..


https://www.facebook.com/ciksueboutique



  • ade jual kain pasang..-mmg qualiti kain bagus..
  • menerima tempahan pelbagai fesyen pakaian lelaki dan wanita..dari si kecil hingga ke warga emas..
  • menerima tempahan baju pengantin lelaki dan wanita..
  • menjual pakaian..( stock belum ready :) ) 
  • menerima tempahan menjahit manik


selain saya en suami juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan..

https://www.facebook.com/TopSignSticker


Menerima tempahan sticker kastem untuk semua kenderaan, carbon fiber wrapping, signboard dan sebagainya

untuk melihat hasil2 kerja suami boleh la ke page topsign sticker..:)

selain tue lg biz kami.. 

https://www.facebook.com/pages/Safiela-Design/177980628968022











ade pelbagai pilihan untuk kad2 kawin, biz card dan sebagainye..





Monday, December 10, 2012

durian..durian..durian

aku nie memang hantu durian..
sedapnye..walawei
hari2 mkn durian pun x pe hihihi


pic amik dr blog http://hanamemories.blogspot.com/


skrg nie kan tgh gila durian crape.. aku yg mmg hantu durian.teringin bebeno nk makannye..
nak buat sendiri cm x de masa.. so dok2 la on9 cari kengkawan yg jual durian crape..
alhamdulillah ade.. sonok2.. dekat je ngan umah bleh la oder slalu hihihihi

Wednesday, October 12, 2011

pengalaman ibu baru hehehe

sorenok rasanye dh jadi ibukan.. baru le tau rasanye jd mak nie..cm ne dulu mak jaga ko..cm tue la hehehe..insaf aku..
pas balik spital aku berpantang kat umah jer.. iyela mak aku kn duk dkt jer, jerit pun dgr.. hehehe..
1st day ngn baby.. mmg best y x best bila dia meragam huhuhu.. sepanjang time pantang afiq tido siang mmg lena.. pastu dia bangun kul 12-6 pagi..amik ko.. jg mak guard aku shif pagi hehehe.. tp itulah pengorbanan seorg ibu.. dapt paha tau..
dua hari kt umah afiq dh kena kuning.. tp x tinggi..aku pun mcm2 la aku cari bg ilangkan kuning tue, mak aku pak pg2 dia bawak afiq g berjemur di bawah matahari.. huby aku plak sama cm aku beli mcm2 nak ilangkan kuning afiq..mandi ngn mcm2 daun hehehe..last1 minum air sengkuang cina.. barulah ok..
alhamdulillah afiq sng je jaga dia.. menangis pun x kuat..iyelah org lelakikan..hehehe mana bleh nangis kuat2 hehehe..sampai jiran sebelah umah aku x tau aku dh besalin..dh dkt sebulan baru dia tau tue pun sbb dia nampak aku bwk afiq g klinik..
iyelh sbb dia ckp anak dia nangis je kuat plak tue, mmg kuat pun anak dia nangis.. afiq lau nangis time dia tido.. pampers dh penuh, dia poo poo & dia lapar.. biasela kan..baby..
ramai yg tggu kehadiran afiq.. ye la cam huby aku anak sulung..lelaki tunggal dlm famly dia..so pastinya di nanti2kan.. raya tahun nie pun sgt meriah.. sgt best.. tahun nie juga aku balik raya dua2 kampung.. kampung aku & kampung huby, kt kg huby pak mentua dh stanby nak wat kenduri cukur jambul.. so i follow je.. sponser by pak mentua kan hehehe..
oklah smbung lagi di episod akan datang..afiq dh bangun so kena la layan putra mahkota.. bye...layan pic2 nie dulu k..hehehe












my little hero..

alhamdulillah sekarang afid dh pun 2 bulan usianya..alhamdulillah sihat..berkat minum susu ibu hehehe walaupun dulu dr umo sehari dia x minum terus, pakai botol, iyela sbb aku bdk baru belajar.. kesian la tgk dia nangis kuat nk susu tp x pandai nak isap so pump la, masuk botol.. sedih gak aku nak wat cm ne dh dia x pandai.. pastu aku dok ajar2 dia x nak huhuhu, susu plak makin sikit so topup la ngan susu formula.. lama2 dia cm x nak je.. kena plak pas sebulan lebih dia demam.. keajaiban kan.. time dia demam tue la dia nak isap susu terus x yah pakai botol.. so sampai skrg susu badan je la.. x de dh susu formula..memula mmg susu makin kurang pas dia isap2 je, alhamdulillah makin bertambah.. aku pun cari mcm2 makanan tuk tmbah susu bdn..alhamdulillah berjaya jua..
skrg nie dh 2 bln lebih sikit dh afiq, dh pandai nak bersembang .. mmg best ade bby nie.. terima kasih YA ALLAH...
mmg bangang lah sape yg buang baby..





harta & anugerah tak ternilai

alhamdulillah.. penantian hampir 4 tahun kami suami isteri untuk menimang cahayamata akhirnya termakbul..so the story...

last aku followup ngn dr siti mariam bln 8, 3/8/11.. so dr siti ckp, bby ok, sume ok.. dr kata boleh tggu till sampai masa nak bersalin or nk cepat, so dia nasihat, di sebabkan aku de kencing manis, & kes yg lepas ( 1st pregnancy)so dia ckp awalkan je, sbb nak tggu lg 2 minggu mcm2 boleh jd.. so aku ngn huby pun ambil keputusan, cepatkan je..
 so kalau cepat kan bila tue doc.. " esok ".. dr siti ckp.. hehehe ok je..dlm hati nie berdebar2.. hrp2 x de pape la jadi , so aku pun balik umah, packing2 pe yg patut.. esk awal pagi kul 7am kena de kt spital..

04/08/11..
7am kami dh terpacak kt spital..daftar bagai masuk bilik.. tggu doc.. nurse dtg, wat kerje2 dia.. nurse kata myb induce sbb jalan baru bukak 3 cm je dr 2 minggu lepas.. ( imbas kembali_ dr siti dh tlg bukakkn jalan, 3 minggu lepas bg cepat besalin)..x lama dr siti dtg..dia check.. "good, x payah masuk ubat kita pecah air ketuban je then besalin, dh bukak 4 cm dh nie".. wah.. debar makin kuat plak hehehe
besain kali ni rasa x la takut sgt..biase je..myb sbb x sakit2 kan, tanda2 pun x de..
pas membuang sisa2 toksid sume aku masuk labour room.. hub pun masuk gak..doc pecahkan air ketuban.. 1st time aku rasa nak besalin cm nie ek hehehe , masa adif dulu air ketuban dh kering kan so x rasa la.. sakit tue ade la sikit2.. so dh pecah tggu la sakit nak besalin plak.
masuk labour room kul 11.. kul 2 aku dh start sakit.. bila dh sakit kuat aku pegang tgn huby kuat2.. nurse masuk check dia kata balm g, baru 6 cm.. dia cucuk ubt thn sakit.. sama je sakit gak hehehe
aku ingt cm dulu la.. cucuk ubt hn sakit x mamai .. skali aku jd ngantuk gila.. hehehe..sampai la bby dh nak keluar aku nk tido jer, nntuk btk..mamai2 aku meneran hehehe..
sampai aku dh x larat nak meneran..
sume nuse doctor, huby suh aku push..push..push..sikit lg.. aku ckp.. aku x bleh.. dh nk nangis dh aku..
dr siti pujuk..jgn nangis, awak boleh.. teran lagi..huby usap2 kepala aku..naseb de huby..
last2 aku geram gak.. aku teran kuat hati..alhamdulillah..akhirnye keluarlah MUHAMMAD AFIQ ke dunia..amin.. riuh rendah dlm labour room..hehehe..sonok pun de pengalaman yg sgt best..
afiq keluar2 dh pancut kt doctor ..hehehe my hero.. aku & huby lega sgt2.. so tggu esok nk balik umah..
alhamdulillah afiq & aku ok.. kul 10 pg aku dh bleh balik umah..afiq pun x de pape..so jom kta balik..

MUHAMMAD AFIQ B MUHAMMAD ZUHAINI
BERAT 2.9KG

muhammad afiq bin muhammad zuhaini

Tuesday, October 11, 2011

salam kembali...

assalamualaikum & salam sejahtera..
wah..lama gila rasanye x update entry barukan..
bukan pe, busy sikit dengan orang baru..
alhmdulillah.. saya dh pun selamat bersalin pada 04 ogos 2011
alhamdulillah..dapat baby boy..muhammad afiq nama di beri..
so...
dh lewat pagi..mata pun dh mengantuk.. afiq pun dh memanggil..so kena beradu la..akan saya masukkan entry baru pasal kelahiran muhammad afiq, dan mengupload gambar2 cumil my baby..so tunggu..:)

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan al-mubarak


pejam celik kita skali lagi berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan
..alhamdulillah.. 
selamat berpuasa buat sume umat islam.. 
aku pun alhamdulillah masih berpeluang untuk berpuasa.. 
dalam pada menanti kehadiran insan baru..
menanti ketibaan ramadhan, dah syawal
cam bestkan hehehe..
bby belum nk keluar lg jumpa mama & ayah.. 
x sabar rasanye..
skrg nie aku dh masuk 38 weeks..x lama lagi je kan..
ikutkan kata doctor..berat bby x boleh more than 3.5kg..sbb dia tgk aku nie kecik je, rendah gitu..
so doc risau aku x boleh je nak bersalin normal.. so dia suggest induce..
spatutnye 29hb aku kena induce.. 
tp sbb dh de bukaan jalan x jadi nk induce..doc ckp kita tunggu normal je..
aku mmg nk normal je.. naturalkan.. tp mana2 pun x pe jnji bby & mama sihat 
so just waiting je la.. 
bila dh masuk bulan pose nie..macam2 la dlm kepala nie nk masak pe tuk berbuka
selagi aku boleh puasa, puasa jgn x puasa.. 
mlm td huby dh wat agar-agar jagung & buah-buahan..tuk berbuka puasa katanye..
so tinggal nk masak tuk berbuka je la..
pe la nk masak ptg nie ek..

wat sume slmt berpuasa n berbuka..:)

Monday, June 6, 2011

assalamualaikum & salam sejahtera...^_^

lama rasanye aku x menconteng kt blog aku nie.. sebenarnye x de idea & kemalasan sikit..
ye la dh makin perut nie membesar, cm malas je nk menaip hehehe
so far alhamdulillah.. bby dlm nie ok.. x sabar pun ade nk tunggu bby keluar hehehe
so.. dlm pada aku diam x berbloging.. aku n en husband g bershoping barang2 baby & barang2 mummy juga
kalau g shoping mmg bleh abis riban2 duit hehehe..
rambang mata sume nk beli kan..
naseb la aku dh wat list barang2 yg nak di beli.. 
so boleh le budget tuk benda lain plak kan..
so far aku beli x banyak, keperluan tuk sambut bby .. 
baju2 org kata beli jgn banyak sbb newborn nie cepat besar..
 nanti de plak gift dr kengkawan lg kan..
ade ke yg  nk bg gift hehehe
so baju2 aku beli wane putih n biru je..sng kan gegel n boboy leh pakai
shoping2 brg2 yg kecik2 je.. so tinggal la brg2 yg besar.
blm beli g
cm bath tub baby.. x pe nanti huby je g beli.. & dh survey pun bath tub tue.. 
lain2 cm kelambu, stoller en huby la kena cari sendiri 
sbb aku dh x larat nk g shoping hehehe
letih kan bwk perut jalan lama2..

so skrg nie projek aku siapkan sarung tilam & bantal bby.. hehehe

nak upload pic kang dah siap sume aku uopload ok.. tggu.....^_^

dan bulan JUNE adalah bulan last aku bekerja.. then rest la kt umah smpai baby kuar, then sambung la kerja aku cm dulu as a housewife fulltime .. 
so aku nk cau cin cau dulu .. jumpa lg.. daaaaa

Saturday, April 9, 2011

more pasal inside my tummy again hehehe

lama x update pasal aku kan..
masa nie aku barru 4 bln..
besarkan perut aku hehehe.. ade sorang je ye dlm tue..

lepas aku kena GDM.. so mmg aku kontrol makan.. 
n di sisi aku semestinye org kuat aku le hubby aku jd doctor kat umah..
doctor yg sgt stright heehehe..
sgt2 menjaga pemakanan aku ..ok la kan.. so kt umah mmg dh x de stock gula..
apa saje yg berkaitan dgn gula mmg x de.. kalau nak beli brg pe.. huby tgk dulu kandungan pemakanan & sukatan karbo hehehe
so hasilnye alhamdulillah BSP aku ok.. n yg penting bby ok..
berat aku je yg turun sikit.. x pe la kan slim sikit t..
susu pun aku minum susu HIGOAT je.. bukan pe tue je yg ok aku minum, lagi pun baguskan susu kambing ni,
boleh menyeimbangkan kadar gula dlm badan.. 
so far sume ok lagi.. memula tue mmg susah la sikit kan, lapo je memanjang..mkn cm x sedap je sume hehehe
lelama ok alhamdulillah tekak ni dh terima.. aku banyak gak gugel kt tenet pasal GDM /diebetis ni,
selain follow pw doc ckp ..aku suka ke 1 blog nie..pasal diebetis.. yg bestnye dia de resepi tuk diebetis..
juga bertanye pada mereka2 yang berpengalaman..

6/4 lepas aku g le checkup..dedo le juga ati nie..alhamdulillah sume ok.. cuma nurse ckp protien plak tinggi 
so kena la kurangkan.. pas tu jumpa la doc siti.. bising dia sbb berat aku turun hehehe.. doc ckp.. awak ni kontrol sgt mkn ye.. kita x nak ibu2 mengandung lapar ye.. baik doc..
then scan bby.. takut la berat bby kurang gak kan
dlm ati doa bby ok
scan..alhamdulillah bby ok.. berkembang ikut scadule..
dah berat 480 g.. sume ok ..kt dalam.. n nanpak bby gerak2 hehehe comelnye dia..
skrg nie aku pun dh masuk 5 bln.. alahmdulillah dah rasa dh pergerakkan bby walaupun x kerap sgt sbb bby kecik lagi
mmg beza dr Arwah Adif dulu.. yg nie mmg rasa dia gerak.. myb dulu Adif x kuat sbb mama x tau mama de GDM..

teringat plak masa aku g jalan2 kt kedai bby.. tokey kedai tue tanye aku bila due..
aku ckp lama lagi bln 8.. 
tokey tue wat muka pelik plak.. 
i ingat u dh nak bersalin.. u x g check hospital ke.. kembar ke apa ke
aku jwp la.. dh i mmg g specialist hospital..  n dlm ni ade sorang je.. lain2 sume ok
pelik beno dia tgk perut aku yg besar nie hehehe
lantak la.. janji bby sihat kan..
doa aku, hope bulan2 akan dtg bby dlm perut ni.. sihat.. n selamat.. amin..

long time no see..

lama gak aku x mengupdate blog aku ngan entry2 baru.. bukan pe sedikit kemalasan melanda.. hehehe.. so ari ni kerajinan pun datang, nak kata byk entry nak tulis x gak.. berkisar pada hidup aku ari je2 hehehe... 
so continue la ngn entry first nak cite pasal pertunagangan adik aku yg lepas.. adik lelaki aku.. btl2 bwh aku..
 yg kawin ari tu bwh dia..
 x pe le kan lelaki ni org kata makin lama makin tinggi saham hehehe.. 
cm Anuar Zain le ... hehehe
sebagai akak dia satunye aku le yg mengubah-gubah hantaran tuk dia.. 
amacam ok x gubahan aku hehhee.. aku guna bunga plastik je.. sbb kalai guna bunga idup layu la plak kang hehehe.. 2 minggu aku siapkan 7 hantaran .. balik keje wat la sikit2.. 



aku wat simple2 je.. dia kata cantik.. hehehe 

nie antara pic time g meminang kt puchong.. umah nenek tunang dia.. 
tunang dia nama SHILA.. hehehe cantik x hehehe aku tgk dia cm ade iras2 muka fida..kan2..
ramai gak yg ikut, 9 keta la gak.. makanan pun sedap2 hehehe..





ngan satu2nye anak buah aku.. tgh baca doa hehehe


adik aku ngn tunang dia..

nie si ANIS ngan ayah dia..geram je tgk dia.. hehehe

layan pic2 k.. hehehe... semoga adik aku n tunang dia selamat ke jinjang pelamin, n selamat menempuhi alam pertunangan.. amin

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...